Jurnal Pengurusan Awam Jilid 2 Bilangan 1
Januari 2003
NILAI, ETIKA DAN BUDAYA KERJA DALAM
PENTADBIRAN
SEKTOR AWAM DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
(SATU IMBASAN KEMBALI TINJAUAN KARYA)
Zainal bin Yang
PENDAHULUAN
Bukan mudah membicarakan persoalan nilai
dan etika yang melibatkan pertimbangan moral dan kehidupan masyarakat.
Pembangunan ekonomi yang pesat sebagai penggerak kepada pertumbuhan dan alat
mengukur kemajuan yang muncul di bawah naungan falsafah positivisme(melihat
sejarah manusia sebagai gerak kemajuan sehala dari satu tahap ke satu
tahap')khususnya pada permulaan abad moden menjadikan persoalan nilai dan etika
semakin kurangdiberikan penekanan. Keadaan ini lebih menyayat hati apabila
didapati bahawa nilai agamaadalah diletakkan di tahap paling rendah berbanding
tahap sains atau dianggap sebagai tahappositif dari kacamata kemajuan
manusia.Namun, falsafah positivisme mulai dicabar sejak pertengahan abad ini
termasuk kritikandaripada ahli sains sendiri. Michael Polanyi dalam Personal
Knowledge: Towards a Post-CriticalPhilosophy menyarankan konsep Tacit
Dimension2. Tulisan-tulisan oleh Thomas S. Kuhn dalamThe Structure of
Scientific Revolutions (1962) yang menyentuh penggantian paradigmaPtolemaean
dengan paradigma Copernican dan tulisan Paul Feyerabend dalam Farewell
toReason dan Against Method (1974) telah menjadikan aliran falsafah
positivisme semakin sukardipertahankan dan persoalan nilai dan etika mula
menjadi perhatian.Perspektif Islam tentang kehidupan adalah berteraskan
kepastian, keharmonian sosial dandinanisme. Kesemua teras ini berlandaskan
kepada falsafah Islam itu sendiri yang menyatukan beberapa aspek kehidupan
manusia selaras dengan etika sejagat (universal) iatu Keesaan(Tauhid),
Keadilan, Kebebasan dan Tanggungjawab yang menjadi sendi dalam sistem
Islam.Keesaan suatu unsur penyatuan yang twat merupakan petunjuk mencari
kebenaran yang datangdaripada Allah S.W.T. Keadilan suatu unsur nilai yang
saling berkaitan mengajar falsafahkesederhanaan membimbing manusia ke arah
jalan yang benar. Kebebasan yang diberikanseharusnya melarang manusia melakukan
perbuatan tidak bersopan, beradab dan beretika.Kebebasan yang menolak Keesaan
dan Keadilan sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam.Tanggungjawab merupakan unsur
kuasa mengekang dan mengawal kebebasan sewenang-wenangterhadap segala perbuatan
dan perkara-perkara yang berlaku sekelilingnya.Dalam apa jua perkara termasuk
hal pentadbiran atau pengurusan, sistem Islam amatpenting dan menjadi kunci
penghayatan kepada sistem nilai dan etika kehidupan manusia. SistemIslam
menegaskan nilai dan etika dalam pentadbiran dan pengurusan dan apa jua mesti
membimbing tingkah laku manusia untuk mencapai kebahgiaan sosial dan
keselamatan rohaniah.Begitu juga aspek pengurusan yang mempengaruhi kehidupan
individu penjawat jawatan adalah tidak dapat lari daripada falsafah Islam dalam
menerapkan nilai-nilai etika dalam pelaksanaannya. Oleh itu, kunci penghayatan
yang menyeluruh tentang ketulenan sistem pengurusan Islam terletak pada sistem
nilai dan etikanya. Namun begitu, keunggulan etika dalam alam pemikiran Islam
tidak menolak kemungkinan bahawa dalam kes-kes ekstrim tertentu, keadaan
pengurusan mungkin mempengaruhi tingkah laku nilai dan etika manusia.
SISTEM
PENTADBIRAN SEKTOR AWAM
Pentadbiran atau pengurusan secara kolektif
boleh dilihat sebagai satu proses yang melibatkan tanggungjawab-tanggungjawab
umum dan meliputi empat perkara iaitu perancangan ke arah sesuatu visi dan
peranan yang telah ditetapkan bagi sesuatu organisasi; penyelaraian
penggembelengan serta gunapakai sumber organisasi secara lebih berkesan;
pengawalan dan pemantauan bagi menghindar penyelewengan, pembaziran dan
kesalahan dan segi pencapaian objektif organisasi; dan kepimpinan serta
dorongan ke atas sumber manusia yang diamanahkan di bawah sesuatu pihak
pengurusan untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang.
Hasil karya julungkali tentang pentadbiran
sektor awam moden telah diterbitkan diAmerika Syarikat pada tahun 1926 yang
ditulis oleh Leonard D. White berjudul Introduction tothe Study of Public
Administration dan dikuti oleh hasil karya W.F. Willoughby berjudul Principles
of Public Administration pada 1927. Namun sebelum itu terdapat gerakan
pembaharuan perkhidmatan awam bermula pada tahun 1860-an dan kemuncak gerakan
pembaharuan pada waktu itu terbit sebuah esei berjudul Public Administration
daripada Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson pada tahun 1887.
Bagaimanapun Woodrow Wilson sendiri mengakui bahawa sains pentadbiran bukan lahir
di Amerika tetapi telah wujud di Eropah lama sebelum itu. Konsep-konsep
pentadbiran yang dicipta di Eropah pada ketika itu sama sekali tidak bergantung
kepada kehendak dan persetujuan rakyat sebaliknya berpaksikan kepada kehendak
penguasa atau pemerintah feudal semata-mata. Terdapat beberapa ungkapan menarik
mengenai pemikiran pentadbiran awam yang diucapkan oleh Woodrow Wilson seperti:
"Public Administration is detailed and systematic execution of public
law. Every particular application of general law is an act of
administration. " "It is harder for democracy to organize
administration than for monarchy." "The field of
administration is a field of business. It is removed from the hurry and
strike of politics. "5
Perkara yang jelas berlaku ialah
perkembangan doktrin Perkhidmatan Awam dan amalannya mesti berkaitan dengan
ikatan kebudayaan dan dengan itu ianya pasti terikat kukuh kepada nilai-nilai
masyarakat umum, golongan berkepentingan dan birokrasi tertentu.6
Manakala
mengikut Dwight Waldo dalam Classics of Public Administration' terdapat
dua definisi tipikal pentadbiran awam iaitu pertama organisasi dan pengurusan
manusia dan benda-benda bagi mencapai tujuan kerajaan; dan kedua sebagai satu
seni dan sains pengurusan yang boleh dikaitkan kepada hal ehwal sebuah negeri
atau 'negara. Namun walaupun terdapat banyak pandangan dan pendapat mengenai
pentadbiran awam ianya tidak boleh lari daripada ruang lingkup cooperative
human action. Oleh itu jelas pelaksanaan tugas-tugas dan tanggungjawab
pentadbiran atau pengurusan memerlukan perancangan dan penelitian berterusan
yang bijaksana. Proses memajukan pentadbiran pengurusan sektor awam adalah
merupakan tanggungjawab semua anggota dalam sektor awam serta ahli-ahli pentadbiran
Kerajaan. Peningkatan jawatan ke arah yang lebih tinggi menuntut pertambahan
tanggungjawab yang lebih besar lagi untuk memajukan pengurusan sektor awam.
Penekanan kepada pertambahan tanggungjawab ini menjadi lebih bermakna apabila
is dikaitkan dengan gesaan supaya penjawat awam meningkatkan profesionalisme
dan kemahiran mereka serta keperluan menambah ilmu pengetahuan. Profesionalisme
mempunyai kaftan yang sangat rapat dengan dengan usaha kepimpinan organisasi
sektor awam yang berkesan. Ciri-ciri seperti keupayaan menentukan arah tujuan
yang hendak diikuti, keupayaan menyelesaikan masalah dengan cepat, sistematik
dan tidak diragui serta keupayaan melaksanakan sesuatu tugasan dengan jayanya
adalah merupakan sifat kepimpinan yang baik. Dalam konteks kepimpinan berkesan
bagi menzahirkan visi yang jelas dan menentukan matlamat serta arah tuju yang
betul maka letaknya kepentingan nilai dan etika8.
TAFSIRAN NILAI,
ETIKA DAN BUDAYA KERJA
Terdapat banyak
tafsiran-tafsiran menyentuh tentang nilai dan etika. Beberapa tafsiran oleh
sarjana barat dan sarjana Islam adalah dinyatakan seperti berikut walaupun
terdapat banyak lagi tafsiran-tafsiran lain yang berkaitannya. Ahli falsafah
Greek tua, Aristotle, mentafsir etika sebagai persoalan mengenai perkaraperkara
yang baik dan segi individu. Tafsiran nilai dan etika ini diperluaskan lagi dan
diasingkan keduanya secara lebih tersusun oleh pakar sosiologi Amerika, Talcot
Parsons seperti berikut:
`Values — in
the pattern sense — we regards as the primary connecting elements
between the
social and cultural systems. Norms, however, are primarily social.
They have
regulatory significance for social processes and the relationships but
do not embody
principles which are applicable beyond social organization.'
Dalam
psikologi, terminologi nilai seringkali digunapakai bagi merujuk kepada 'a
modality of selective orientation' (Williams, 1968; Pepper, 1958) yang
berkait dengan individuallevel preferences, motives, needs, and attitudes9. Kehidupan
manusia dalam masyarakat tidak dapat lari daripada aspek-aspek nilai.
Petikan berikut memperjelaskan tentang kedudukan unsur nilai dalam
kehidupan masyarakat dan kerajaan:
"... In a
society where people seek emancipation rather than security, support and
legitimacy becomes increasingly instrumental, based on calculations of interest
rather than feelings of belonging. Consequently, while government performance
is measured against these new values, its actual output is largely based on
goals than correspond to yesterday's values. ....7710
Tafsiran
mengenai etika mengikut pandangan sarjana barat kebanyakan menghubungkaitkannya
dengan akibat tindakan manusia itu. Seumpama beberapa tafsiran oleh Hillel
dalam "The Ethics of The Fathers" yang dinyatakan seperti
berikut:
"Reflection
upon the principles articulated in the great ethical works of humankind is apt
to make people more sensitive to the meaning and consequences of their
actions."
"The right
path that a person should choose is one that honours the persons who does it,
but which also brings honour from humankind." " If I am not . for
myself who will be for me, but, i f I am only for myself what am poi
Manuel G.
Velasquez memberikan tafsiran etika sebagai the discipline that
examinesone's moral standards or the moral standards of a society. It asks how
these standards apply toour lives and whether these standards are reasonable or
unreasonable — that is, whether they are supported by good reasons or poor
ones. 12
Seorang penulis Cina, Hans Kung yang
menerima pendidikan barat menggunakan istilahetika bagi menunjukkan the
basic moral attitude of an individual or a group sedangkan katanya lagi
etika bermaksud theory of moral values, norms and attitudes dan
seringkali sukar untuk membezakan antaranya dengan jelas sekali.Sarjana-sarjana
Islam juga banyak memberikan tafsiran tentang nilai dan etika berdasarkan
kepada sistem Islam itu sendiri. Ulama agung Imam Al Ghazali dalam kitab
Mustawif memberikan tafsiran nilai dengan makna yang sangat padat iaitu satu
keadaan jiwa rohani (a state of soul). Tafsiran ini amat mendalam
maknanya dan memberikan kita satu kefahaman tentang hati nurani manusia itu
sendiri. Tafsiran ini telah dikupas dan diolah dalam perkataan yang lebih jelas
oleh Syed Othman Alhabshi seperti berikut: "A value is normally
understood to be a thing towards which society has affective regard or
even strong belief in its goodness or otherwise. If society has positive affection
or strong belief that something is good or beneficial to society, then such
a thing is considered to have positive value........... On the other hand if
society abhors something because either it has no affection for it or does
not believe that it is of any benefit to it, then that things is of no
value or has negative value. "
Menurut Dr.
Syed Othman Alhabshi, dalam sistem Islam, nilai sahaja tidak memberikan apa-apa
makna kepada manusia tanpa dikaitkan dengan persediaan bagi menghadapi
kehidupan yang lebih bermakna iaitu kehidupan di alam akhirat nanti. Sistem
nilai semata-mata tidak boleh bergantung hanya kepada norma-norma dan amalan
masyarakat yang cenderung untuk berubah mengikut situasi tertentu dan
kesesuaian masa mengikut standard dan penerimaan masyarakat ketika itu. Sifat
agung nilai-nilai Islam adalah apa yang dilakukan berturutan dengan prinsip
asas kewujudan dan matlamat utama dalam kehidupan manusia. Pandangan oleh Dr.
Syed Othman Alhabshi ini selaras dengan pandangan Sachiko Murata dan William C.
Chittick yang berbunyi:
" We may
also wish to take into account the inner dimensions of a person. There
are basically
two questions that we can ask, one having to do more with
knowledge, and
the other having to do with intention and will. When we look at
an activity, we
might be interested in what sort of understanding lies behind the
activity.
...................... Should we define it in terms of a person and the act,
the
social or
cultural context, the biological determinants, the historical moment?
...
...Knowledge of which of these, if any, will provide us with the
understanding
of the actual situation? This then is a dimension of human
experienced
having to do with knowledge, understanding, and world view. Islam
approaches
these issues from the vantage point of faith, for reasons that will
become clear. "
Tan Sri Ahmad
Sarji bin Abdul Hamid dalam buku Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang
Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia memberikan tafsiran nilai sebagai: "A
value is a relatively permanent framework which shapes and influence the
general nature of an individual's behaviour."Manakala takrifan
etika mengikut Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid dalam buku The
Changing Civil Service — Malaysia's Competitive Edge — disebutkan sebagai:"A
systematic attempt through the use of reason to make sense of our individualand
social moral experience in such a way as to determine the rules which ought
to govern human
conduct." Buku Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam memberi
definisi nilai sebagaikepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah
institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai
utama masyarakat. Manakala etika pula bermaksud tanggungjawab dan akibat
tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Secara ringkas
dinyatakan nilai dan etika Perkhidmatan Awam terkandung dalam institusi utama
masyarakat yakni agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran masyarakat.
Budaya kerja sesebuah organisasi adalah dirujuk kepada jumlah bilangan
nilai-nilai dan kepercayaan yang juga termasuk perilaku manusia di dalam
organisasi tersebut. Sebenarnya apabila sikap, perasaan dan perilaku
manusia dalam organisasi adalah terlalu natural kepada mereka
sehinggakan individu dalam organisasi mungkin tidak sedar yang mereka memperlihatkan
imej atau corak perilaku dimana ianya akan membentuk budaya bagi organisasi tersebut.
Satu budaya kerja cemerlang harus mengandungi nilai-nilai murni dan unggul
sebagai asasnya. Kajian oleh pakar-pakar pengurusan dan dan
contoh-contoh yang diperolehi daripada syarikat-syarikat swasta telah
membuktikan bahawa beberapa syarikat-syarikat yang cemerlang dan berjaya
mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai bersama yang dijadikan budaya kerja syarikat.
Dengan mengamalkan nilai-nilai dan budaya kerja cemerlang, syarikat-syarika berkenaan
menjadi kuat dan teguh, sebaliknya organisasi-organisasi yang tidak mempunyai
nilainilai murni yang unggul yang dikongsi bersama sebagai satu budaya
kerja tidak akan berjaya walaupun is memiliki asas yang kuat dalam
bidang-bidang Suatu asas pasti yang perlu bagi budaya kerja cemerlang
sama ada bagi sektor awam atau swasta ialah memiliki amalan etika
professional yang baik. Dalam Islam, kerja adalah termasuk dalam jenis
ibadat umum. Ibadat umum ini mempunyai maslahat umum yang unggul dan tinggi,
mengatasi maslahat peribadi yang sempit dan terhad. Dengan itu, seseorang
Islam bekerja kerana menyahut tuntutan agama dan meningkatkan pencapaian
tugasnya untuk kepentingan din dan masyarakatnya. Ia bekerja kerana
ditugaskan Allah S.W.T. dan menunaikannya adalah menunaikan tugas suci.
Oleh itu, pekerja haruslah mematuhi disiplin, nilai dan etika kerja yang tertentu.
Pekerja khususnya dalam Perkhidmatan Awam harus mempunyai sikap dan penilaian
positif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Pekerja harus menentukan
objektif kerjanya antara mencapai hasil kebendaan dalam bentuk rezeki
untuk dirinya sendiri dan orangorang di bawah pimpinannya dan habuan
tertentu untuk masyarakatnya. Pekerja dalam sektor awam amat perlu
mengimbangi antara kepentingan peribadinya dan kepentingan orang lain di
dalam masyarakatnya serta tidak harus terhad kepada kelompokkelompok tertentu
sahaja. Dapat dilihat bahawa ciri-ciri bekerja dan segi konsep, sistem, nilai,
etika dan cara bekerja yang produktif dengan sikap, komitmen dan niat bekerja
itu sendiri adalah dirumus dan dijadikan formula konkrit orang-orang
Islam sendiri berdasarkan tugas bekerja adalah tugas ketuhanan dan
sistem nilai kerja adalah berasaskan sistem nilai moral kerohanian
Islam."
KEPERLUAN
NILAI, ETIKA DAN BUDAYA KERJA DALAM PENTADBIRAN AWAM
Kritikan paling tajam terhadap kegagalan
pengurusan Barat daripada aspek nilai pernah dikemukakan oleh James L. Gibsons
dalam membuat rumusan terhadap pendapat Anthony Downs yang mengatakan pentadbir
atau pengurus organisasi adalah diragui, tidak boleh dipercayai, hasad dengki,
tidak beramanah, berfikiran sempit, tidak mengambil peduli, tidak matang, tidak
dapat bertolak ansur dalam perbezaan pendapat, tidak boleh berkomunikasi dengan
mendalam dengan rakan-rakan dan tidak berpandangan jauh. Secara ringkas
dikatakan pentadbir dan pengurus pada waktu itu adalah manusia yang kewibawaan
dan moral mereka dipersoalkan secara serius."
Mengikut Ahmad Atory Hussain, punca segala
kekacauan dan kekeliruan yang dibangkitkan oleh para sarjana Barat adalah
disebabkan "the sansate culture" (budaya hawa nafsu) iaitu
budaya berdasarkan kepada matlamat utama dimana kebenaran sebenar dan nilai
adalah sensory dan Tanya adalah melebihi jangkauan reality dan nilai
yang boleh dilihat, didengar, dibaui, disentuh dan dirasai dimana tidak ada
yang lebih daripada itu. Inilah prinsip asas teori dan praktik pengurusan Barat
dan banyak diikuti oleh lain-lain negara. Kebudayaan hawa nafsu menganjurkan
sikap yang sangat tidak beretika. Matlamat dan cara tidak lagi penting kerana self-actualization
yang bermakna pemuasan hawa nafsu semata-mata adalah lebih penting.
Budaya hawa nafsu banyak menimbulkan
masalah dan tidak memberikan makna kehidupan manusia sebenar. Apatah lagi
sekiranya dikaitkan dengan erti dan konsep-konsep pembangunan, modenisasi dan
kemajuan yang diingini oleh masyarakat Malaysia. Perkhidmatan Awam yang
bertanggungjawab secara langsung dengan hal ehwal pembangunan, modenisasi dan
kemajuan perlu kepada satu pendekatan sebagai panduan arah tuju dalam
melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Perkhidmatan Awam berperanan
sebagai 'stewardship' negara bagi mempertahankan kepentingan awam dan
keadilan rakyat terbanyak. Justeru itu, segala bentuk pemikiran, tindakan dan
perilaku anggota Perkhidmatan Awam perlu berasaskan kepada nilai-nilai dan
etika Perkhidmatan Awam. Buku Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam
memperjelaskan tentang perlunya kefahaman yang mendalam terhadap
nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam kerana:
(a) Sebagai
penentu arah dan pemberi makna kepada pemikiran, tindakan dantingkahlaku
anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab danamanah mereka sebagai
pekerja negara.
(b) Sebagai
pemberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam
sebagai institusi utama membuat keputusan kepada pembangunan tamadun
masyarakat.
(c) Sebagai
standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmatdengan
ikhlas dan berkesan.Ahmad Atory Hussain dalam Reformasi Pentadbiran Di
Malaysia banyak membicarakan tentang usaha-usaha pembaharuan Pentadbiran
Awam yang menekankan kepada perubahan nilai yang mana sebelum ini hanya
menekankan kepada soal-soal meningkatkan kemahiran sahaja. Mengikut Ahmad Atory
Hussain, mana-mana teori atau definisi pembangunan pentadbiran melihat
pembaharuan pentadbiran adalah perlu bagi sesebuah negara tanpa mengambil kira
hala tuju perubahan, masa dan kecepatan kerana perubahan penting dalam
pelaksanaan rancanganrancangan pembangunan dan dasar-dasar bare bagi sesebuah
negara. Pembaharuan pentadbiran ini termasuklah yang menekankan aspek nilai
dalam pentadbiran. Petikan Ahmad Atory Hussain memperjelaskan keperluan
kepentingan nilai untuk melakukan perubahan terhadap pentadbiran adalah seperti
berikut:
"Dikatakan
nilai merupakan sesuatu yang lebih asas, di mana melepasi keduadua konsep
(nilai dan sikap) tadi. Nilai juga dianggap sebagai suatu yang meresap atau
mendalam atau terselindung dan sebagai suatu set sikap-sikap yang terselindung atau
underlying. Satu kepercayaan yang meresap atau mendalam bagi inisiatif
seseorang individu itu adalah merupakan satu nilai. Nilai berkembang atau
berubah lebih perlahan daripada sikap, tetapi prinsip yang sama berpegang
kepada kedua-dua konsep ini. Menurut Leavitt (iaitu Harold J. Leavitt, Managerial
Psychology: An Introduction to Individuals, Pairs and Groups in Organizations.
1978) satu cara untuk mengubah kelakuan, mula-mula sekali ialah dengan
mengubah sikap-sikap dan nilai."Dalam buku Laporan Kemajuan Panel
Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) Ke Arah Mewujudkan Perkhidmatan Awam
Yang Cemerlang terbitan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), Jabatan
Perdana Menteri bertarikh 15 Ogos 1989, diperjelaskan tentang program-program
dan projek-projek yang telah dihasilkan oleh PANEL yang dianggap sebaga satu
kemestian untuk membawa Perkhidmatan Awam ke tahap kecemerlangan. Melalui
program eningkatkan penghayatan dan amalan budaya kerja yang positif dalam
Perkhidmatan Awam sebanyak tiga nilai asas telah diperkenalkan pada masa itu
iaitu nilai integriti, nilai prestasi kerja yang berkualiti dan nilai
kemanusiaan.Sebagaimana diperkatakan oleh Dr. Haji Malek Shah Haji Mohd Yusoff
dalam artikel Gagasan Pembentukan Pengurusan Berasaskan Nilai (Value-Based
Management) Dalam Perkhidmatan Awam iaitu implikasi amalan nilai-nilai
murni terhadap keberkesanan perjalann sesebuah organisasi dalam perkhidmatan
dapat dikaitkan dengan kecekapan dan meninggikan mutu perkhidmatannya.23 Jelas
bahawa keperluan nilai, etika dan budaya kerja cemerlang sangat dikehendaki
dalam pentadbiran awam.
NILAI, ETIKA
DAN BUDAYA KERJA PENGURUSAN SEKTOR AWAM MALAYSIA.
Sistem
pengurusan sektor awam di Malaysia mula mengutarakan bicara nilai dan etika
dengan lebih jelas, serius dan nyata bermula ketika lahirnya Teras Perkhidmatan
Awam (1 Januari 1979); Etika Perkhidmatan Awam dan Konsep Perkhidmatan
Cemerlang (13 Disember 1980); Bersih, Cekap dan Amanah (April 1982); Dasar
Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan (1982); Kepimpinan Melalui Teladan
(19 Mac 1983) hingga kepada Gerakan Budaya Cemerlang dan Gerakan Kualiti. Namun
begitu, gerakan mengambil unsur-unsur nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam
di Malaysia telah wujud lebih awal sebelum itu iaitu sejak awal 1960-an lagi
tetapi tidaklah sehebat selepas tahun 1979. Kesemua bicara nilai, etika dan
budaya kerja dalam Perkhidmatan Awam berjaya dirumuskan dengan tepat dan jelas
dalam dua belas peringatan Ketua Setiausaha Negara pada 1992 iaitu Tan Sri
Ahmad Sarji bin Abdul Hamid dan dikenali sebagai Tonggak Dua Belas24. Asas
kepada Tonggak Dua Belas adalah seperti berikut:
(i) Menghargai
masa (The value of time);
(ii) Ketekunan
membawa kejayaan (The success of perseverance);
(iii)
Keseronokan bekerja (The pleasure of working);
(iv) Kemuliaan
kesederhanaan (The dignity of simplicity);
(v) Ketinggian
peribadi (The worth of character);
(vi) Kekuatan
sifat baik hati (The power of kindness);
(vii) Pengaruh
teladan (The influences of examples);
(viii)
Kewajipan menjalankan tugas (The obligation of duty);
(ix)
Kebijaksanaan berhemat (The wisdom of economy);
(x) Keutamaan
kesabaran (The virtue of patience);
(xi)
Peningkatan bakat (The improvement of talent);
(xii) Nikmat
mencipta (The joy of originating)
Kefahaman
terhadap nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam sangat penting kerana is
menentukan arah dan memberi makna kepada pemikiran, tindakan dan perilaku
anggota sektor awam dalam memenuhi tanggungjawab; memberi penyatuan dan
penyelarasan antara anggota Perkhidmatan Awam kepada pembangunan tamadun
masyarakat; dan merupakan standard mutlak mendorong anggota Perkhidmatan Awam
berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan seperti dijelaskan dalam buku Nilai
dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Satu pendekatan yang sangat prihatin
terhadap persoalan nilai, etika dan budaya kerja cemerlang dalam pengurusan
sektor awam di Malaysia telah berjaya memberi kefahaman yang jelas dan
kepentingannya kepada semua penjawat awam.
NILAI, ETIKA
DAN BUDAYA KERJA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Usaha untuk
merealisasikan aspirasi-aspirasi negara seperti perpaduan negara, pembentukan
negara maju, pembentukan budaya bersama, pembentukan keluarga penyayang,
kerjasama antara kaum, pengurusan sektor awam cemerlang boleh dicapai melalui
sistem nilai dan etika kerja yang baik. Islam mengakui kepelbagaian kaum dan
hikmahnya ialah supaya semua orang saling mengenali dan mengambil manfaat dan
kepelbagaian ini. Islam menyeru supaya umatnya menyuruh kepada kebaikan dan
melarang dari melakukan kejahatan. Usaha-usaha mempertingkatkan kefahaman
tentang nilai-nilai kesejahteraan, budaya kerja cemerlang, kualiti dan
sebagainya adalah merupakan usaha semua orang. Ianya lebih penting lagi bagi
pengurusan sektor awam yang memegang amanah awam dan diberikan kepercayaaan
serta tanggungjawab dalam merealisasikan matlamat negara demi kesejahteraaan
rakyat terbanyak.
Penerapan
nilai-nilai murni, etika dan budaya kerja cemerlang berlandaskan kepada
kepercayaan agama adalah amat penting. Penerapan nilai dan etika yang murni
seringkali menghadapi cabaran termasuklah cabaran dan dalam din sendiri yang
sentiasa inginmengoptimakan matlamat kehidupan dunia yang mewah. Justeru itu,
cabaran-cabaran ini harus diatasi dan melalui penerapan nilai-nilai baik, etika
dan budaya kerja cemerlang dapat membina insan mulia yang boleh diamanahkan
menerajui pengurusan awam tanpa mengira peringkat, tahap dan perkhidmatan. Dan
perspektif Islam, secara umumnya, sesuatu yang baik itu adalah selari dengan
fitrah manusia. Islam percaya bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan
ia suka kepada segala yang baik dan ia benci pada segala yang buruk. Islam
percaya bahawa dalam dinsetiap manusia itu potensi untuk ia menjadi baik adalah
lebih banyak dan potensinya untukcmenjadi jahat. Oleh itu, usaha perlu diambil
untuk menghindar atau membanteras segala faktorfaktor, pengaruh-pengaruh dan
unsur-unsur yang boleh melemahkan keupayaan dan kekuatan manusia untuk ingin
kepada yang baik Sistem nilai Islam yang tercetus daripada pandangan worldview
didasari oleh tiga prinsip asas iaitu Keesaan (Tauhid — unity), Kepimpinan
(Khilafah — vicegerency) dan Keadilan (A1-`adl — justice). Pandangan
worldview ini memberikan satu paradigma penting mentadbir sistem
kepercayaan Islam, perilaku dan sifat perangai dalam semua tindakan. Seseorang
individu Islam tidak boleh menyerahkan segalanya hanya kepada iman semata-mata
kerana mereka hams berperilaku sebagai hamba yang soleh dan perilaku yang salah
adalah tidak dapat diterima dan memerlukan tindakan pembetulan dan langkah
memperbaikinya. Sistem kepercayaan bukan hanya dipengaruhi oleh perilaku
semata-mata tetapi juga sifat perangai individu itu. Sifat perangai adalah satu
keadaan jiwa rohani (state of soul) yang menghasilkan tindakan fizikal
yang serta merta dan konsisten. Apabila keadaan jiwa rohani menghasilkan
sesuatu tindakan yang mulia akhlaknya maka ia dikatakan satu sifat perangai
yang baik. Sebaliknya, bila keadaan jiwa rohani berterusan dan serta merta
menghasilkan tindakan yang jahat dikatakan sifat perangai itu adalah jahat atau
buruk. Keadaan jiwa rohani yang tidak menghasilkan tindakan fizikal yang
konsisten dan serta merta tidak boleh dianggap sebagai satu sifat perangai.
Ianya hanya satu perilaku sementara sahaj Terdapat banyak nilai-nilai Islam
yang universal dan sesuai untuk semua situasi dan masyarakat. Namun untuk
artikel ini dipilih beberapa nilai Islam yang difikirkan sangat berkaitan
dengan pengurusan organisasi, diantaranya ialah
(i) Setiap
tindakan hares diiringi dengan that
Tidak ada
tindakan yang boleh dilaksanakan tanpa that yang jelas. Dalam terminologi
pengurusan that
adalah objektif. Setiap organisasi hares mempunyai kenyataan misi
atau objektif
organisasi supaya arah tuju, sasaran atau sesuatu bentuk pengukuran
prestasi
organisasi tersebut. Ini merupakan prinsip dasar dalam Islam.
(ii) Ketelitian
dan Berpengetahuan dalam semua usaha (itqan)
Yang pastinya
Islam amat menggalakkan umatnya mencari ilmu dan lebih penting
ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan apa yang hendak dilakukannya.
Pengetahuan
yang dimaksudkan ialah meliputi segalanya bukan setakat apakah
perkara atau
benda itu, juga meliputi kemahiran melaksanakan tugas serta ketelitian
dalam
pengendaliannya. Ketelitian juga membawa maksud kepada ketekunan,
kehendak dan
komitmen melaksanakannya. Hanya melalui cara ini sahaja seseorang
dapat mencapai
kejayaan.
(iii) Kecekapan
dan Kekesanan (ihsan)
Ihsan membawa
maksud melakukan lebih daripada keperluan minima dan juga
bermaksud
kecekapan dan kekesanan. Dalam ertikata yang lain ianya merujuk
kepada
peningkatan produktiviti atau dorongan ke arah kecemerlangan.
(iv) Keikhlasan
Merupakan kunci
kepada segala usaha yang dilakukan dan memberikan kemampuan
yang terbaik.
Keikhlasan adalah satu nilai mutlak dan tidak ada sukatan lain baginya.
Ini bermakna
tidak ada nilai bagi yang kurang ikhlas kerana sebarang kekurangan
menunjukkan ada
unsur-unsur lain dalam that yang boleh membantutkan kualiti
prestasi.
(v) Kehendak
kepada Kecemerlangan
Unsur paling
penting bagi prestasi cemerlang ialah adanya kehendak dalam diri
individu.
Kecemerlangan bukan dicapai melalui carta organisasi yang menarik,
kedudukan yang
ampuh atau imbuhan yang istimewa semata-mata. Mungkin ianya
perlu sebagai
satu pra-syarat tetapi tidak mencukupi. Yang penting ialah kehendak
individu kearah
kecemerlangan. Islam bukan sekadar menerima kecemerlangan
sebagai satu
keutamaan tetapi juga menggalakkan gerakan ke arah kecemerlangan
dalam semua
perkara yang dilakukan.
(vi) Penilaian
diri yang berterusan
Islam amat
menggalakkan penilaian diri berterusan bagi tujuan penambahbaikan diri
pada sepanjang
masa. Amalan ini selaras dengan prinsip usaha penambahbaikan
berterusan
seperti mana prinsip Kaizen dalam pengurusan Jepun.
(vii) Fikiran
sentiasa Mengingati kepada Yang Maha Kuasa
Islam berterusan
memperingatkan pengikutnya sentiasa mengingati Yang Maha
Kuasa, Allah
S.W.T. Allah mengarahkan umatnya melakukan kebaikan (maaruf) dan
menjauhi yang
buruk (munkar). Apa yang baik bagi orang Islam termasuldah nilai-
NOTA AKHIR
Syed Nawab
Haider Naqvi. "Kata Pengantar" oleh Menteri Pendidikan Malaysia dalam
Etika
Dan Ekonomi.
Satu Sintesis Islam. Diperjelaskan bahawa aliran falsafah positivisme yang
mendokong
sepenuhnya konsep objektiviti dalam pelbagai disiplin ilmu telah menolak
unsurunsur nilai yang dianggap sebagai membantutkan perkembangan ilmu. Ilmu
sains berlumba mengenepikan faktor bukan objelctif dan menjadi pendekatan utama
kepada ilmu-ilmu sains sosial. Ilmu ekonomi, " the queen of the social
sciences" mempunyai kedudukan istimewa dan kecederungannya untuk tidak
melibatkan persoalan moral berhasil menjadikannya satu dogma. Sains tidak boleh
wujud dan berkembang tanpa konsep Tacit Dimension kerana ilmu sains itu
sendiri terikat dengan diri ahli sains berkenaan yang tidak boleh lari daripada
kehidupan masyarakat yang mempunyai sistem nilai dan persoalan moral yang
merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Lihat Dr. Abdul Rahman Hj.
Abdullah. Tradisi Falsafah Ilmu. Penghantar Sejarah dan Falsafah
Sains. ms. Diterangkan dengan jelas sekali tentang munculnya bidang sejarah
dan falsafah sains sebagai satu disiplin baru yang khusus dan tersendiri.
Dinyatakan bahawa Thomas S Kuhn adalah penulis yang memperkenalkan dan
mempopularkan istilah paradigma yang merupakan satu konsep berkait rapat dengan
teori perkembangan sains yang berkembang secara revolusioner. Dengan konsep paradigm
shift Thomas S. Kuhn menolak pandangan konvensional yang menekankan bahawa
perkembangan atau perubahan-perubahan besar dalam sejarah sains adalah kerana
upaya empirikal membuktikan kesalahan suatu teori atau sistem. Manakala Paul
Feyerabend adalah penulis yang banyak memihak kepada Thomas S. Kuhn. Dikatakan
Paul Feyerabend menggunakan prinsip anarkistik epistemologikal yang menekankan
peranan positif ahli-ahli sains yang menolak metod-metod yang disarankan oleh
ahli-ahli falsafah sains. Menurut Paul Feyerabend pada masa kini ilmu sains
menduduki posisi sebagai kuasa mutlak, dimana seseorang itu mahu atau tidak
mahu hams mempelajari sains. Ini telah menjadikan sains tidak lagi berfungsi
membebaskan manusia, sebaliknya memperbudakkan manusia. Oleh itu Paul
Feyerabend berpandangan bahawa sains bukanlah satu-satunya bentuk pengetahuan
yang paling unggul dan is menolak sikap autoritarian dalam apa bentuk sekalipun
Aidit Haji Ghazali. "Pengurusan Berteraskan Islam"
dalam Islam, Budaya Kerja DanPembangunan Masyarakat — Satu Kefahaman. ms
167. Falsafah Islam yang utama dalampengurusan ialah Tauhid. Penghayatan Tauhid
akan membawa kepada pendekatan pengurusanyang berstatus ibadat dan wujudnya
keseimbangan dan segi gelagat manusia dan kehendak Illahi,antara urusan duniawi
dan ukhrawi dan kepentingan peribadi dan kemaslahatan umum. Rujukankepada Pengurusan
di Malaysia Dari Perspektif Islam oleh Azam Che Umar juga
memberikanpandangan yang sama iaitu keperluan pengurusan berasaskan Tawhid
Uluhiyyah dan TawhidRububiyyah. Dimana dikatakan bahawa sifat dan kelakuan
penguins Islam ialah Ubudiyah,Mas'uliah, Itqan, Qanaah dan Murunah.
5 Lihat Ahmad
Atory Hussain. Pentadbiran Awam Asas Pemikiran dan Falsafah. Dalam Bab 2
:
Satu Kajian
Tentang Pentadbiran Oleh Woodrow Wilson, ms. 10-18, Ahmad Atory telah
membicarakan
tentang pemikiran Woodrow Wilson betapa perlunya kesinambungan pemikiran
disiplin
pentadbiran awam. Banyak lagi ungkapan yang dipetik oleh Ahmad Atory daripada
ucapan Woodrow
Wilson tentang pentadbiran awam termasuk juga kaedah mengembangkan
pentadbiran
serta keperluan membezakan pentadbiran dengan persoalan politik.
Dalam Bab 1.
Definisi dan Konsep Pentadbiran Awam, Ahmad Atory memperjelaskan
tentang
pengertian Perkhidmatan Awam, pengkajiannya serta perkembangan sektor
Perkhidmatan Awam. Perkara pokok yang dijelaskan oleh Ahmad Atory ialah
pentadbiran awam dianggap sebagai salah satu proses politik utama dan keperluan
pentadbiran awam untuk memilih nilai-nilai yang lebih baik dan perlu ditekankan
untuk anggota Perkhidmatan Awam bagi menghasilkan perkhidmatan yang efektif dan
tidak dipersoalkan kewibawaannya.
Ibid. Dalam Bab
1. Definisi dan Konsep Pentadbiran Awam, Ahmad Atory mengambil petikan daripada
Jay M. Shafritz and Albert C. Hyde, Classic of Public Administration. 1978
Ahmad Sarji Bin
Abdul Ilamid. Penerapan Nilai Dan Budaya Kerja Cemerlang Dalam Pentadbiran
Awam Malaysia. Koleksi ucapan-ucapan dalam tahun 1992. ms. 8. Kupasan lebih
terperinci mengenai aspek profesionalisme pegawai awam dapat dilihat dalam Kemajuan
Pentadbiran Awam di Malaysia, 1992 Jan W. Van Deth & Elinor Scarbrough.
Beliefs in Government Volume Four. The Impact of Values. Dalam Bab The
Concept of Values, ms. 22 — 28, Jan W. Van Deth memperjelaskan tentang
konsep nilai sejak daripada era Revolusi Perusahaan hingga ke era Peperangan
Dunia KeDua di Eropah dimana nilai pada masa itu tidak diberikan
penekanan sewajarnya dalam proses pentadbiran kerajaan walaupun
terminologi nilai itu telah ada. Banyak tafsiran tentang nilai diberikan
dalam Bab Concept of Values ini. 10 Ibid. Dalam Bab Introduction: The
Impacts of Values, Jan W. Van Deth menyentuh secara umum tentang
kedudukan nilai dalam politik, agama, perniagaan. Namun Jan W. Van Deth banyak
merujuk kepada apa yang berlaku di Eropah kerana sesuai dengan bukunya yang membuat
kajian tentang impak nilai di negara-negara Eropah. Walaupun terdapat bab yang
berkaitan dengan kedudukan dan impak nilai dan agama tetapi tiada yang
menyentuh nilai Islam sebagai rujukan. Henry Kessinger. The
Diplomacy. ms. 123. Henry Kessinger mengambil petikan daripada
Hillel dalam The Ethics of the Fathers untuk membuat rujukan bagi menyatakan
betapa pentingnya nilai dan etika dalam membuat keputusan khususnya
dalam hal perhubungan diplomatik dan juga menjaga kepentingan negara.
Mannuel G. Velaquez dalam Business Ethics. Concept and Cases banyak
merujuk kepada konsep etika dalam perniagaan. Contoh-contoh perlanggaran
etika dalam syarikat-syarikat korporat yang besar diambil sebagai kes
atau panduan rujukan bukunya. Ia juga banyak sekali mengaitkan etika
dengan isu moral.. A Global Ethics for Global Politics and Economics. mengatakan
bahawa global ethic as a _foundation . for global society namun wujud
konflik dan mustahil untuk mendapatkan global consensus dalam
persoalan etika. Perkara ini dianggapnya sebagai satu cabaran dan
ransangan kepada para pemimpin khususnya dalam politik dan pengurusan
ekonomi.Beberapa contoh nilai positif yang diberikan ialah seperti
kebersihan. nendidikan. pernurah, kebebasan dan lain-lain. Manakala contoh
nilai negatif adalah seperti kedekut, kejam, jenayah, maki hamun, tamak,
dan lain-lain. Kriteria digunakan oleh masyarakat mmbezakan nilai
positif dan negatif adalah amat bergantung kepada normanormaatau keunggulan
atau standard yang diterima oleh masyarakat berkenaan. Disebutkan bahawa
agama dalam pandangan Islam ada tiga
dimensi iaitu
Islam (submission), Iman (faith) dan Ihsan (doing what is
beautiful). Religion is a right or correct way. The hadith of Gabriel suggests
that in the Islamic understanding, religion embraces right ways of doing
things, right ways of thinking and understanding, and right ways of forming the
intentions that lie behind the activity. In this hadith, the Prophet gives each
of the three right ways a name. Thus one could say that "submission"
is religion as it pertains to acts, `faith" is religion as it pertains to
thoughts, and "doing the beautiful" is religion as it pertains to
intentions. These three dimensions of religion conlesce into a single reality
known as Islam.. Ahmad Sarji menerangkan makna etika dan kaitannya dengan
proses
tindakan, sebab
musabab hasil daripada tindakan dan keperluan memiliki etika dalam Perkhidmatan
Awam serta dilema berbangkit daripada pembuat keputusan apabila didapati
wujudnya konflik pertanggungjawap. "Program Keempat : Program Meningkatkan
Penghayatan Dan Amalan Budaya Kerja Yang Positif Dalam Perkhidmatan Awam".
Laporan Kemajuan Panel Memajukan Pentadbiran Awam. Ke Arah Mewujudkan
Perkhidmatan Awam Yang Cemerlang.Dalam laporan program keempat ini
dilaporkan bahawa kejayaan beberapa syarikat swasta seperti Hewlett Packard,
Matsushita Electric Company dan IBM adalah kerana memiliki budaya kerja
cemerlang berasaskan kepada pemilikan nilai-nilai bersama yang dikongsi antara
pekerja-pekerja dan juga dengan pihak pengurusan syarikat. Diantara nilai-nilai
bersama yang menjadi budaya kerja syarikat ini ialah the individual must be
respected; the customer must be given the best possible service;
excellent and superior performance must be pursued; national service through
industry; fairness; harmony and co-operatian; and struggle for betterment. Panel
pada 1987 telah mengenalpasti terdapat tiga nilai asas untuk mewujudkan
Perkhidmatan Awam cemerlang iaitu integriti; prestasi kerja yang berkualiti;
dan kemanusiaan. Model yang diambil dan digunapakai pada ketika itu adalah
berdasarkan McKinsey 7-s Framework yang diperkenalkan oleh Robert
Waterman. Jr., Thomas J. Peters dan Julien R. Ulasan lebih mendalam
tafsiran budaya kerja Islam dengan kaitannya dengan niat yang ikhlas kerana
Allah S.W.T. serta salah tanggapan sesetengah orang Islam dalam melaksanakan
kerja secara spontan atau sebagai routine harian tanpa melibatkan
perancangan, etika, kualiti dan sebagainya dapat dilihat dalam artikel
"Budaya Kerja" oleh Ismail Haji Ibrahim dalam Islam Ismail
Haji Ibrahim, individu Islam hams mempunyai kesedaran dan conscience hidup
beramanah dan bertanggungjawab secara jujur serta peka kepada kesejahteraan
masyarakat dan negara umumnya.. Menjelaskan rasional nilai dan etika dalam
Perkhidmatan Awam serta kaitannya dengan empat peranan utama pentadbir
Perkhidmatan Awam iaitu sebagai satu sistem sosial yang bertanggungjawab
memimpin negara; sebagai pemberi perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan
masyarakat dengan penuh kesetiaan; sebagai satu tanggungjawab membentuk
masyarakat yang adil dengan sistem ekonomi terbuka; dan sebagai
penjalan hak-hak dan kuasa-kuasa untuk
berlaku adil kepada rakyat yang menerima khidmatnya. Ahmad Atory Hussain
mengupas tentang usaha-usaha pembaharuan pentad biran dengan mengaitkannya
dengan nilai dan sikap. Pendekatan kelakuan dalam ilmu psikologi telah diambil
sebagai asas perbincangan. Dikatakan alat berkesan untuk perubahan organisasi
ialah kumpulan sensitiviti atau pembangunan. Perbandingan juga dibuat dengan
model-model lain seperti Manipulative Strategy oleh Kurt Lewin (1959)
dan Change in Value Strategy oleh Chris Argyris (1959). Laporan
Kemajuan Panel Memajukan Pentadbiran Awam Ke Arah Mewujudkan
Perkhidmatan
Awam Yang Cemerlang. Lihat Program Keempat: Program Meningkatkan
Penghayatan dan
Amalan Budaya Kerja Yang Positif Dalam Perkhidmatan Awam.Hasil idea yang
dipertengahkan dalam buku laporan dan dijadikan panduan adalah berasaskan
kepada Mckinsey 7-s Framework daripada idea sarjana Barat.Lihat Dr. Haji
Malek Shah bin Haji Mohd Yusoff, "Gagasan Pembentukan Pengurusan
Berasaskan Nilai Dalam Perkhidmatan Awam" dalam Pengurusan Awam
Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Keperluan amalan
nilai-nilai murni dinyatakan sebagai amat penting untuk memastikan supaya
penjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam dapat mengelak daripada nilai-nilai
buruk yang mengancam keberkesanan perlaksanaan amanah dan tanggungj awab.
Lihat Bab I —
Pendahuluan: Penerapan Nilai Dan Budaya Kerja Cemerlang Dalam Pentadbiran
Awam Malaysia. Koleksi ucapan-ucapan dalam tahun 1992 oleh Ahmad Sarji Bin
Abdul Hamid. ms. 12-19. Penjelasan tentang keperluan meningkatkan
profesionalisme,
produktiviti
dan kualiti, penekanan kepada aspek kepimpinan yang dinamik merangkumi juga
intelektualisme
dan dinamisme kepimpinan dalam pengurusan. Penghasilan kepada asas falsafah
onggak Dua Belas adalah berasaskan kepada kepercayaan dan keyakinan perlunya
satu sistem nilai-nilai utama demi menghasilkan sistem pengurusan awam yang
berkesan. Tonggak Dua Belas memperincikan ciri-ciri asas pembentukan peribadi
penjawat awam tanpa mengira peringkat, kedudukan dan jenis perkhidmatan.
Terdapat tiga tonggak utama yang menjadi teras iaitu ketinggian peribadi,
pengaruh teladan dan peningkatan bakat. Kesemua aspek ini adalah bertujuan
untuk menghasilkan budaya kerja cemerlang dalam pengurusan awam.
. Nilai dan
Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Penjelasan tentang rasional kepentingan
nilai dan etika
dengan mengaitkannya dengan pegangan iman sesebuah masyarakat. Warisan nilai
sesebuah negara dilihat daripada nilai dan etika yang divar-uarkan oleh
pemimpin negara. Nilai murni menjadi ukuran utama kemuliaan tingkahlaku dan
jaminan keamanan dan kebahgiaan hidup dalam negara.
Aidit Ha• ji
Ghazali dalam forum "Negara Maju Berdasarkan Sistem Nilai". Lihat
Siti Fatimah Abdul Rahman (penyunting) Ke Arah Negara Maju Berdasarkan
Sistem Nilai. Penghayatan kepada persoalan nilai adalah lebih penting
kerana pengenalan kepada soal baik
buruk memang
cukup difahami oleh masyarakat tetapi kerana tiadanya penghayatan maka
perkara-perkara perlanggaran nilai masih lagi berlaku. Tiga strategi membina
masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai murni ialah strategi membina
(peranan pemupukan akhlak dan kerohanian oleh individu, kerajaan din
masyarakat); strategi mencegah (kekuatan dan perlaksanaan undang-undang dan
peraturan); dan strategi membetulkan (untuk individu yang
tidak takut
kepada undang-undang dan masih melaksanakan kesalahan: bukan setakat melalui hukuman
semata-mata tetapi usaha mendakwah serta kaunseling).
Dr. Syed Othman
Alhabshi. Islamic Values: Its Universal Nature And Applicability dalam Islamic
Values And Management. ms. 11-12. Islam adalah satu agama berasaskan
prinsip Tawhid, Khilafah dan Al'-adl. Tiga prinsip asas membentuk world view
Islam yang dimanifestasikan dalam semua bentuk amalan manusia dalam semua
aspek kehidupan. Oleh itu seorang muslim mesti patuh kepada tata kelakuan Islam
dalam semua aktivitinya. Sifat yang dipertontonkan oleh nilai Islam menjadikan
ianya tunjang kepada prinsip asas kewujudan manusia dan matlamat utama dalam
kehidupan. Sifat nilai Islam inilah membentuk asas justifikasi nilai universal
dan pemakaiannya dalam semua ruang lingkup kehidupan manusia. 28 Ibid. ms.
13-17. Bagaimanapun sedikit pindaan dibuat ke atas nilai no. (xiii), (xiv),
(xv), (xvi)
dan (xvii)
iaitu terjemahan excessive love of the world nilai no. (xiii) dinyatakan
dalam perkataan sebaliknya iaitu tidak terlalu mencintai dunia; excessive
love of wealth nilai no. (xiv) dinyatakan sebagai sebaliknya iaitu tidak
terlalu mencintai kekayaan; miserliness nilai no. (xv) dinyatakan
sebaliknya iaitu sebagai dermawan; excessive love of influence nilai no.
(xvi) dinyatakan sebaliknya iaitu sebagai tidak terlalu mencintai pengaruh; dan
pride nilai no. (xvii) dinyatakan sebaliknya iaitu sebagai merendah
diri. Perubahan ini dibuat untuk menunjukkan kesemua nilai yang dinyatakan
adalah nilai murni Islam tanpa mengubah maksud sebagaimana dinyatakan oleh Dr.
Syed Othman Alhabshi yang memberikan penjelasan bagi setiap nilai tersebut. 29
Lihat Ahmad Atory Hussain. Pentadbiran Awam Asas Pemikiran dan Falsafah. Dalam
Bab8: Pengurusan, Pentadbiran dan Kepimpinan Menurut Prinsip Islam, Ahmad Atory
telah
menyorot dan
membuat penyesuaian tulisan Mohd Affandi Hassan (INTAN) dalam ISLAMIKA III
(1985) yang telah membicarakan konsep al-falah dan al-fasad sebagai nilai akhir
keperluan manusia. Kesedaran timbul tentang kebanyakan pentadbir dan pengurus
merupakan produk daripada corak pengurusan barat yang semata-mata melihat
matlamat dalam konteks perkembangan penghasilan kebendaan semata-mata. Ini
adalah merupakan konflik kepada manusia beragama. Pengurusan organisasi yang
gagal membezakan al-falah dengan al-fasad akan gagal kerana kuasa hawa nafsu
pentadbir tidak akan dapat membuat penilaian diantara nilai-nilai baik untuk
manfaat dan kesejahteraan rakyat. 30L • ihat Haji Johary Haji Alias, Menunaikan
Kewajipan dan Tanggungjawab Nilai-nilai Islam 3. Dalam Bab 11: Kewajipan
Dan Tanggungjawab Pemimpin, ms. 194-212, Haji Johary telah membicarakan tentang
pengertian pemimpin yang meliputi semua peringkat bermula dari pemerintah,
politik, pentadbiran dan hingga sebagai pemimpin keluarga. Keperluan pemimpin
untuk memiliki nilai-nilai Islam adalah merupakan satu kewajipan. Haji Johary
juga banyak membicarakan tentang kewajipan berilmu dan banyak rujukan dibuat
kepada hadith-hadith Rasullah S.A.W. dan kisah-kisah teladan para sahabat.
Pendapat Sayidina Umar al-Khattab r.a.
dalam
mengkategorikan pemimpin kepada empat golongan juga dijelaskan. Tonggak Dua Belas. Pendahuluan. ms. xiv-xvi.
Dalam ruangan Pendahuluan,
disenaraikan
dua belas peringatan bagi membantu mewujudkan nilai-nilai murni oleh Ketua
etiausaha Negara pada waktu itu, senarai nilai-nilai utama untuk pentadbiran
menurut pandangan YAB Perdana Menteri sebanyak tiga belas nilai, senarai
nilai-nilai utama pentadbiran awam dan nilai-nilai Islam sebanyak sebelas nilai
dan senarai nilai-nilai utama hasil resolusi
Shah dan Nor
Shah Mohamed telah mencadangkan satu model Pengurusan Berasaskan Nilai
(PBN). Model
ini yang menyentuh aspek-aspek nilai-nilai teras dan nilai-nilai kembangan
boleh
dijadikan asas
kepada pelaksanaan PBN. Teras kepada model ini adalah pengaruh program.
Namun mengikut
Dr. Haji Malek Shah dan Nor Shah, model ini memerlukan strategi pemantauan
dari segi follow-up
dan follow-through bagi memastikan penetapan nilai bermula daripada
peringkat
menimbulkan kesedaran (kognitif) kepada pengukuhan penghayatan (afektif) dan
amalan (tingkah
laku).
RUJUKAN
Ahmad Atory
Hussain, (1990). Pentadbiran awam. asas pemikiran dan falsafah. Kuala
Lumpur :
Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ahmad Atory
Hussain, (1998). Reformasi pentadbiran di Malaysia. Siri Pengurusan Dan
Pentadbiran
Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Ahmad Sarji,
(1993). The changing civilsService. Malaysia's competitive edge. Kuala
Lumpur :
Pelanduk
Publications (M) Sdn. Bhd.
Ahmad Sarji Bin
Abdul Hamid, (1993). Penerapan nilai dan budaya kerja cemerlang dalam
pentadbiranaAwam
Malaysia. Koleksi ucapan-ucapan dalam tahum 1992. Kuala Lumpur
: Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Aidit Haji
Ghazali, (1993). Pengurusan berteraskan Islam. Islam, budaya kerja dan
pembangunan
masyarakat —
satu kefahaman. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM).
Kumpulan rencana yang telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Nik
Mustapha Haji
Nik Hassan (ed.) ms. 167-172.
Azman Che Umar,
(2001). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Deth, Jan W. Van&
Scarbrough, Elinor, (1995). Beliefs in governement volume four. The impact
of values. New York, USA :
Oxford University Press.
Dr. Abdul
Rahman Hj. Abdullah, (2002). Tradisi falsafahiIlmu. Penghantar sejarah dan
falsafah
sains. Batu Caves,
Selangor : Pustaka Ilmi.
Dr. Haji Malek
Shah Bin Haji Mohd. Yusoff, (2000). Gagasan kualiti menurut perspektif Islam.
Buletin
P&Q. Kuala Lumpur : INTAN. Jilid 6 Bil. 1. 2000. ms. 7-12.
Dr. Haji Malek
Shah Bin Haji Mohd. Yusoff dan Nor Shah Bin Mohamed, (2002). Gagasan
pembentukan
pengurusan berasaskan nilai (Value-Based Management) dalam
perkhidmatan
awam. Pengurusan Awam. Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia. Kuala Lumpur :
Jilid 1 Bil. 1. Januari 2002. ms. 1-18.
Jurnal
Pengurusan Awam Jilid 2 Bilangan 1 Januari 2003
Zainal bin Yang
67
Dr. Haji Malek
Shah Bin Haji Mohd. Yusoff dan Liew Swee Liang, (2002). Model kompetensi
dan
perkhidmatan awam Malaysia. Pengurusan Awam. Penerbitan Jabatan
Perkhidmatan
Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Jilid 1 Bil. 2. Julai 2002. ms. 1-14.
Haji Johari
Haji Alias, (1992). Nilai-Nilai Islam 3. Menunaikan kewajipan dan
tanggungjawab.
Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN), (1991). Nilai dan etika dalam perkhidmatan
awam.
Kuala Lumpur :
INTAN.
Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN), (1992). Tonggak dua belas (The Twelve
Pillars).
Kuala Lumpur :
INTAN.
Ismail Haji
Ibrahim, (1993). Budaya kerja. Islam, budaya kerja dan pembangunan
masyarakat —
satu kefahaman.
Kuala
Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kumpulan
rencana yang
telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Nik Mustapha Haji Nik Hassan
(ed). ms.
151-157.
Ismail Mohamed
Taib, (2002). Anjakan Tadbiran Politik Pejabat. Menara. Penerbitan Jabatan
Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI). Kuala Lumpur : Bil. 70. September 2002.
ms. 6-8.
Kissenger,
Henry, (1994). Diplomacy. New York, USA : Simon & Schuster.
Kung, Hans,
(1998). A Global ethics for global politics and economics. Oxford, UK :
Oxford
University
Press.
Murata, Sachiko
and Chittick, William C., (2000) (Reprinted). The vision of Islam. London
: I.B.
Tauris
Publishers.
Siti Fatimah
Abdul Rahman (ed), (1993). Ke arah negara maju berdasarkan sistem nilai. Kuala
Lumpur :
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Suntingan Transkrip Forum Institut
Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM).
Syed Muhammad
Naquib Al-Attas, (1993) (Second Impression). Islam and secularism. Kuala
Lumpur :
International Institute of Islamic Thought And Civilization (ISTAC).
Syed Nawab
Haider Naqvi, (1990). Etika dan ekonomi. Satu sintesis Islam. Kuala
Lumpur :
Berita
Publishing Sdn. Bhd.
Syed Othman
Alhabshi and Aidit Haji Ghazali (ed), (1994). Islamic values and management.
Kuala Lumpur :
Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM).
Unit Pemodenan
Tadbiran Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, (1989). Ke arah
memajukan
perkhidmatan awam yang cemerlang. Laporan kemajuan memajukan

awam. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara.
Velasquez,
Manuel G., (2002). Business ethics. Concept and cases. Fifth Edition.
Upper Saddle
River, New
Jersey, USA : Prentice Hall.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia